X

Kindly register in order to view this article
!

Bekalan air di 53 kawasan kembali pulih

Abdul Raof Ahmad
A
A

SHAH ALAM - Hampir 82 peratus atau kira-kira 53 lokasi daripada keseluruhan 65 kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air di sekitar Klang, kembali menerima bekalan itu sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya masih menggerakkan bantuan lori tangki ke kawasan yang masih belum pulih.

“Pihak kami sedang mempergiatkan segala usaha untuk mempercepatkan pemulihan bekalan ke semua kawasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga masih meneruskan operasi empat pusat khidmat setempat bagi bantuan bekalan air.

ARTIKEL BERKAITAN: SPAN arah Air Selangor maklum status pemulihan lebih kerap

Terdahulu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengarahkan Pengurusan Air Selangor supaya memaklumkan status kerja pembaikan dan pemulihan bekalan air kepada pengguna dengan lebih kerap.

Pengerusi SPAN, Charles Santiago berkata, perkara itu ada termaktub di bawah Seksyen 54 dan Seksyen 55 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655).

Terdahulu, 65 kawasan di daerah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas tiga paip utama di tapak projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping pecah sejak Sabtu lepas.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!