100 fakir miskin diraikan di Kampung Sempadan Kemboja Vietnam

Mustapha (tengah) selepas menyerahkan bantuan untuk fakir miskin di Kampung Sempadan Kemboja Vietnam.
Mustapha (tengah) selepas menyerahkan bantuan untuk fakir miskin di Kampung Sempadan Kemboja Vietnam.
A
A
A

KEMBOJA - Seramai 100 orang fakir miskin terdiri daripada warga emas, golongan kurang upaya dan mualaf diraikan dalam majlis ringkas di masjid Kampung Sempadan Kemboja-Vietnam, di sini semalam.

Ketua NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, program kali ini tidak sehebat tahun terdahulu kerana kekurangan sumbangan daripada pihak penderma.

"Insya-ALLAH kita akan cuba buat yang terbaik pada masa akan datang," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Barangan yang disumbangkan berbentuk bantuan beras dan keperluan harian.

Selain itu, seramai 160 penduduk kampung turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Hadir sama, ketua dan ahli jawatankuasa kampung Sempadan-Vietnam, Manap Md Zin dan pengetua sekolah kampung berkenaan Ramli Yusof.

Mustapha berharap, orang ramai dapat terus membantu golongan yang memerlukan.

Artikel Berkaitan: