Technogym lancar bilik pameran kecergasan

Nerio Alessandri (kanan) menerangkan penggunaan peralatan 'run personal' kepada Tengku Amir Shah.
Nerio Alessandri (kanan) menerangkan penggunaan peralatan 'run personal' kepada Tengku Amir Shah.
A
A
A

TECHNOGYM, peneraju dunia dalam bidang solusi kecergasan dan kesejahteraan serta pembekal rasmi peralatan kecergasan bagi tujuh Sukan Olimpik yang lalu, telah melancarkan bilik pameran induk di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ruang berukuran lebih 300 meter persegi adalah bilik pameran Technogym yang terbesar di Asia Tenggara, dan akan berfungsi sebagai hab yang dikhaskan untuk mempromosikan kesejahteraan di negara ini.

Konsep Kesejahteraan telah dipelopori oleh Pengasas dan CEO Technogym, Nerio Alessandri sekitar tahun 1990-an. Kesejahteraan adalah satu gaya hidup yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dengan senaman fizikal yang kerap, diet yang sihat serta sikap mental yang positif.

Satu konsep Itali yang asal-usulnya boleh ditemui di Rom kuno yang mengatakan “mens sana in corpore sano” yang bermaksud “minda yang sihat dalam tubuh yang sihat”, kesejahteraan adalah keseimbangan di antara tubuh, minda dan semangat.

Hari ini, konsep kesejahteraan kian mendapat sambutan dalam kalangan pengguna di Malaysia dan di seluruh dunia, khususnya bagi warga kota yang aktif mencari solusi bagi menguruskan tekanan kehidupan moden.

“Sebagai sebahagian daripada misi global Technogym untuk mempromosikan kesejahteraan, kami teruja untuk mengukuhkan kehadiran kami di Malaysia.

"Bilik pameran baharu yang canggih ini akan terus menyediakan solusi peralatan dan digital yang bermutu tinggi serta berteknologi maju untuk masyarakat tempatan," kata Nerio Alessandri, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Technogym.

Artikel Berkaitan:

Tengku Amir Shah (tengah) merasmikan pembukaan bilik pameran Technogym.
Tengku Amir Shah (tengah) merasmikan pembukaan bilik pameran Technogym.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bilik pameran baharu Technogym di Malaysia akan menjadi tempat ideal untuk mengalami gaya hidup kesejahteraan dari segi semua aspek.

Para pengunjung boleh mengalami peralatan terunggul dan paling inovatif di samping menikmati akses kepada perkhidmatan perundingan khusus Technogym untuk program latihan peribadi dan reka bentuk dalaman gim.

Bilik pameran baharu ini juga akan menganjurkan seminar berunsur pendidikan yang meliputi pelbagai topik berkaitan dengan kesejahteraan, termasuk kemajuan teknologi digital dalam ekosistem Technogym,

Untuk maklumat lanjut mengenai peralatan dan solusi Technogym, sila layari www.technogym.com.