Keluar parti selepas PRU bukan pejuang sejati

Ibrahim Ali
Ibrahim Ali
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Ahli Parlimen Umno yang keluar parti dan menyertai PH disifatkan sebagai bukan pejuang sejati.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, jika mereka melompat parti sebelum PRU mungkin boleh disebut atas nama perjuangan.

"Perjuangan kerana sanggup mengambil risiko tapi mereka melompat selepas BN yang memerintah kalah (dalam PRU).

"Wah... cukup luar biasa, kalau saya, saya rasa malu sebab kita tentu ada maruah dan harga diri. Dulu bila orang bertukar parti, orang kata katak, termasuklah saya," katanya ketika sidang media hari ini.

Ibrahim sebelum ini digelar raja katak kerana pernah bersama Umno kemudian menyertai parti serpihannya Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, bertanding atas tiket Pas dan juga pernah menjadi wakil bebas.

Ibrahim berkata, selepas PRU ni lebih ramai pemimpin yang mengambil keputusan melompat parti.

"Melompat pula dari parti yang mereka (telah) terima nikmat luar biasa sebelum ini.

"Hebat nikmat yang mereka terima sebelum ini, tengok rumah dan kenderaan, tengok macam mana mereka bercuti dengan keluarga dan cara kehidupan mereka.

"Ahli Umno yang berjawatan apabila keluar parti, tidak masuk mana-mana parti apatah lagi parti yang menang, atau mereka masuk ke parti yang tidak berkuasa atau mereka meletakkan jawatan dengan mengosongkan kerusi parlimen dan adun baru dinamakan hero.

Artikel Berkaitan:

"Ini baru dinamakan wira dan ini baru dinamakan pejuang rakyat," katanya lagi.