PPZ-MAIWP sedia pelbagai saluran bayar zakat

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - PPZ MAIWP menyediakan pelbagai saluran bagi memudahkan orang ramai khususnya masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan kewajipan menunaikan zakat pada bulan Ramadan ini.

Menerusi satu kenyataan, PPZ MAIWP memaklumkan sepanjang Ramadan ini, 10 kaunter akan beroperasi setiap hari termasuk cuti umum dari jam 8.15 pagi hingga jam 4.30 petang.

Katanya, bayaran di kaunter terlibat boleh dibuat secara tunai, cek, kad debit, dan kad perbankan Islam.

"PPZ-MAIWP menggalakkan orang ramai supaya tidak bertangguh dalam menunaikan zakat di samping merebut keberkatan bulan Ramadan ini. Dan zakat yang boleh dibayar pada bulan mulia ini adalah zakat fitrah serta zakat harta," katanya.

Bagi memudahkan lagi pembayar zakar, orang ramai juga boleh menunaikan kewajipan mereka itu secara dalam talian melalui portal PPZ-MAIWP: www.zakat.com.my.

Katanya, kadar zakat harta bagi Wilayah Persekutuan pada tahun ini adalah sebanyak 2.5 peratus manakala zakat fitrah pula sebanyak RM7 bagi seorang.

"Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh berhubung terus dengan pihak Talian Zakat di 1-300-88-5757," katanya.

Artikel Berkaitan: