Skateboard, BMX pikat hati anak muda beriadah

Pak'din menunjukkan aksinya dalam permainan skateboarding.
A
A

SEBERANG JAYA - Sukan lasak skateboard dan BMX telah mula bertapak di sekitar Seberang Jaya sejak pertengahan tahun 1990-an.

Sejak itu, ia telah menjadi tumpuan penggemar sukan lasak untuk berkumpul, beriadah dan berlatih kemahiran-kemahiran skateboard dan BMX yang baharu.

Antara lokasi pertama yang dikenalpasti adalah tapak asal Tuna Skate Plaza atau lebih dikenali sebagai Taman Trek 8 dalam kalangan penduduk di sekitar Seberang Jaya.

Tidak hanya sekadar sukan biasa, sukan lasak ini juga telah melahirkan ramai atlet hingga ke peringkat kebangsaan.

Antara bakat-bakat baharu yang mula menempa nama di peringkat kebangsaan adalah Zaki Zakaria, [email protected], Amin Hafiz, Wan D dan Ayiem Flatland.

Golongan belia yang sering meluangkan masa bermain skateboard di sekitar Seberang Jaya dan Taman Permainan di Tuna, Seberang Jaya.
Golongan belia yang sering meluangkan masa bermain skateboard di sekitar Seberang Jaya dan Taman Permainan di Tuna, Seberang Jaya.

Ahmad Fadzil Musa atau lebih dikenali dengan nama Pa’ Din, 43 merupakan antara pemain skateboard yang dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi peringkat antarabangsa.

Siapa menyangka, Pa' Din yang juga digelar sebagai Lagenda Skateboard Malaysia ini pernah bersama-sama bermain skateboard di sekitar Seberang Jaya dan Taman Permainan di Tuna, Seberang Jaya.

Ahmad Fadzil berkata, usaha pembinaan Tuna Skate Plaza ini adalah idea penduduk Seberang Jaya dan telah dipanjangkan kepada ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.

Menurutnya, pihaknya berusaha untuk mendapatkan persetujuan dan peruntukan daripada pihak MPSP.

Sementara itu, Dr Afif Bahardin dalam ucapannya berharap tempat ini digunakan sebaik mungkin demi pengembangan bakat sukan lasak dalam kalangan belia Seberang Jaya.

Afif ketika melancarkan Tuna Skate Plaza di Seberang Jaya, baru-baru ini.
Afif ketika melancarkan Tuna Skate Plaza di Seberang Jaya, baru-baru ini.

Katanya, golongan belia sekitar Seberang Jaya khususnya Jalan Tuna disarankan untuk terus memeriahkan Tuna Skate Plaza dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian, aktiviti graviti dan kejohanan-kejohanan.

“Tuna Skate Plaza ini bukan sahaja dikunjungi masyarakat Melayu yang meminati sukan Skateboard dan BMX tetapi juga belia berbangsa Cina dan India.

“Lokasi yang sesuai ialah berdekatan dengan flat sekitar Jalan Tuna,” katanya.