Cabaran lipas trend baharu media sosial

Pengguna media sosial menyahut cabaran lipas yang kini semakin tular.
Pengguna media sosial menyahut cabaran lipas yang kini semakin tular.
A
A
A

MEDIA sosial hari ini telah memperkenalkan pelbagai cabaran dari serata dunia. Selepas cabaran mandian ais atau Ice Bucket Challenge dan Kiki, kini muncul satu lagi cabaran pelik di kalangan pengguna internet.

Bagi sesetengah orang, ia mungkin menjijikkan. Namun trend terbaharu iaitu cabaran lipas atau Cockroach Challenge yang memerlukan individu tertentu meletakkan lipas di wajah mereka kini semakin tular.

Difahamkan, cabaran baharu ini dimulakan pengguna Facebook Alex Aung dari Myanmar yang memuat naik gambar tersebut pada 20 April lalu dengan kapsyen bolehkan anda melakukan perkara sama.

Selepas entri Aung menjadi tular, ramai remaja turut menyahut cabaran itu. Malah, ada yang lebih ekstrem dengan meletakkan lipas ke dalam mulut mereka.

Meskipun bermula di Facebook, cabaran pelik itu kini mula mendapat perhatian pengguna Twitter.

Bagaimanapun, setakat ini, individu yang menyahut cabaran lipas rata-ratanya dari Filipina, Myanmar dan Indonesia.

Artikel Berkaitan: