Mufti sambut baik kerajaan hapus kouta khas haji VIP

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan kerajaan untuk menghapuskan kouta khas haji bagi golongan VIP disambut baik Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dalam perkongsian di Facebooknya hari ini, Mohd Asri mengucapkan tahniah atas keputusan berkenaan.

"Tahniah! Inilah pembaharuan. Semoga benar-benar dilaksanakan," catatnya ringkas di Facebook.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh memberitahu, tiada lagi kouta khas haji buat menteri dan ahli parlimen bagi memastikan ketelusan di samping menegaskan kouta itu adalah milik rakyat.

Menurutnya, akibat kouta khas yang diamalkan kerajaan terdahulu, ramai jemaah yang layak khususnya dalam kalangan warga emas tidak dapat menunaikan haji.

Malaysia mempunyai kouta haji sebanyak 30,200 dan baru-baru ini Tabung Haji telah mengumumkan bayaran tambang menunaikan haji tahun hadapan akan dikekalkan iaitu RM9,980.

Artikel Berkaitan: