Cuti tanpa rekod sempena Songkran pengiktiran kepada masyarakat Siam

Aknan Ehtook
Aknan Ehtook
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan memberi cuti tanpa rekod (CTR) sehari kepada penjawat awam berketurunan Siam yang menyambut Tahun Baharu Siam atau Songkran satu pengiktirafan kepada masyarakat itu, kata Ahli Dewan Negara berbangsa Siam, Senator Aknan Ehtook.

Menzahirkan penghargaan kepada kerajaan khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau berharap keprihatinan Perdana Menteri itu menjadi suntikan semangat kepada kira-kira 1,000 penjawat awam berketurunan Siam di seluruh negara untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

"Mereka boleh menggunakan cuti ini untuk menyambut perayaan itu bersama ahli keluarga mereka," katanya, di sini hari ini.

Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan) P. Waytha Moorthy memaklumkan bahawa kerajaan membuat keputusan untuk memberi kebenaran kepada penjawat awam berketurunan Siam mengambil CTR selama satu hari bagi menyambut perayaan Songkran bersama keluarga mereka.

Bukan itu sahaja, beliau berkata keturunan itu turut diiktiraf apabila perayaan tersebut disenaraikan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebagai salah satu acara dalam kalendar pelancongan negara dengan peruntukan khas disediakan bagi sambutan perayaan berkenaan di peringkat negeri.- Bernama

Artikel Berkaitan: