Nama tiga jalan di Pulau Pinang ditukar

Zairil Khir Johari
Zairil Khir Johari
A
A
A

GEORGETOWN - Tiga buah jalan di sini telah ditukarkan namanya sejak bulan lepas berikutan permintaan dari orang ramai, kata Pengerusi Jawatankuasa Negeri Nama Geografi Pulau Pinang, Zairil Khir Johari hari ini.

Katanya jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Muntri yang ditukarkan menjadi Lebuh Muntri, Jalan Lorong Kucing kepada Lorong Kuching dan jalan di Lorong Lembah Permai 9 kepada Lebuh Lembah Permai 1.

“Terdapat tiga buah rumah di Lorong Lembah Permai 9 perlu membuat proses pertukaran alamat dan ini berpunca daripada beberapa sebab yang praktikal dan menimbulkan banyak kesulitan bagi penduduk kawasan itu,” katanya dalam sidang media di sini.

Menurutnya beberapa lagi permohonan untuk menukar nama jalan di sekitar Pulau Pinang turut diterima, seperti Jalan Cheong Fatt Tze diubah semula kepada Hongkong Street dan Jalan Abu Siti supaya ejaan asalnya, Aboo Sittee, dikembalikan.

Beliau turut menjangka awal tahun depan, nama-nama bandar di Pulau Pinang akan diseragamkan ejaannya mengikut nama asal yang telah digazetkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: