JTK Perak perlu aktif bantu syarikat yang bermasalah

Sivanesan (tengah) menerima cenderahati daripada pihak kilang selepas lawatannya di sini, hari ini.
Sivanesan (tengah) menerima cenderahati daripada pihak kilang selepas lawatannya di sini, hari ini.
A
A
A

TELUK INTAN - Semua Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di setiap daerah dalam negeri Perak diminta peka dan aktif turun padang apabila menerima maklumat membabitkan syarikat yang mempunyai masalah.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia A. Sivanesan berkata, ia bertujuan membantu menyelesaikan pelbagai masalah terutamanya membabitkan kebajikan pekerja.

"Apa yang saya lihat kebanyakan syarikat yang mempunyai masalah kewangan tidak berjumpa dengan JTK bagi mendapatkan nasihat dan akhirnya mereka gagal membayar pampasan untuk pekerja apabila terpaksa tutup operasi.

"Oleh itu, saya minta semua JTK Perak turun padang berjumpa majikan apabila menerima laporan syarikat berkenaan mempunyai masalah kewangan sebelum terlambat," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di sebuah kilang di Jalan Changkat Jong di sini, hari ini.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ADUN Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dan ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu.

Sivanesan turut meminta syarikat yang mempunyai masalah kewangan dan hampir gulung tikar memaklumkan segera kepada JTK untuk berbincang soal membayar pampasan kepada pekerja mereka.

Bagi yang mempunyai masalah, mereka boleh mengadu kepada JTK atau merujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan untuk syarikat yang ada masalah kewangan mereka juga harus memaklumkan kepada JTK daerah masing-masing.

"JTK boleh menjalankan mesyuarat bersama pihak majikan dan pekerja bagi tindakan awal tetapi apa berlaku ada pihak majikan yang tidak maklumkan kepada JTK.

Artikel Berkaitan:

“Jadi kalau awal tindakan diambil, pekerja boleh dapat sekurang-kurangnya kalau (syarikat) tutup, (pekerja) boleh dapat pampasan mereka di bawah Peraturan 6 Akta Kerja 1955," katanya.