Hukum puasa bagi orang yang perlu mengambil ubat

Berbincanglah dengan doktor anda sekiranya perlu mengambil ubat tiga kali sehari ketika bulan Ramadan. -GAMBAR HIASAN.
Berbincanglah dengan doktor anda sekiranya perlu mengambil ubat tiga kali sehari ketika bulan Ramadan. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

BAGI mereka yang sakit, Islam mengharuskan pesakit meninggalkan puasa jika tidak mampu dilakukannya.

Namun, bagaimana pula untuk mereka yang terpaksa makan ubat sekurang-kurangnya tiga kali sehari seperti bekas pesakit buah pinggang?

Perlukah mereka berpuasa dan menggantikan puasa kerana tidak mampu berpuasa?

Bagi menjawab soalan itu, sekiranya seseorang pesakit menderita kesakitan, dia perlu mendapatkan nasihat doktor pakar yang beragama Islam sama ada dia boleh berpuasa atau sebaliknya.

Bagi pesakit yang perlu makan ubat secara berterusan, mereka hendaklah berbincang dengan doktor untuk mengubah jadual makan ubat terutama mereka yang perlu memakan ubat tiga kali sehari.

Dalam menentukan hukum boleh puasa ataupun tidak, seseorang pesakit itu hendaklah mengetahui tahap sakit yang dihadapinya.

Berkaitan hal ini, Dr Wahbah al-Zuhaily memberikan pengertian 'sakit’ yang dibolehkan berbuka ialah sakit yang mendatangkan kesukaran amat sangat.

Berkemungkinan sekiranya pesakit itu meneruskan puasanya, maka, ia akan mengakibatkan suatu yang buruk terjadi, dibimbingi akan bertambah sakit atau lambat sembuh.

Artikel Berkaitan:

Oleh itu, nasihat doktor amat penting dalam menentukan tahap kemampuan seseorang pesakit itu boleh berpuasa atau tidak berpuasa.

Bagi menentukan hukum berkaitan menggantikan puasa atau membayar fidyah pula, jika seseorang pesakit itu disahkan tiada harapan untuk sembuh, maka, dia wajib membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Jika sakitnya itu tidak memudaratkan dan ada kemampuan untuk berpuasa pada hari yang lain, maka, dia perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan dan membayar fidyah jika tidak menggantikannya sebelum datang Ramadan pada tahun yang akan datang.

(Sumber: Laman Web Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang)