TNB perlu perkasakan sistem meter pintar

Adly ketika mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Seri Negeri, di Ayer Keroh, di sini hari ini.
Adly ketika mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Seri Negeri, di Ayer Keroh, di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memperkasa dan memperkemaskan sistem pemasangan meter pintar di setiap kediaman negeri ini bagi memastikan ia tidak berterusan menerima rungutan pengguna.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, ia termasuk menambah baik aplikasi berkaitan meter berkenaan bagi memudahkan pengguna mengakses maklumat mengenainya dengan menggunakan telefon pintar sekali gus mengetahui jumlah penggunaan tenaga harian mereka.

Menurutnya, setakat ini, dianggarkan 1 peratus atau 2,500 daripada 250,000 penghuni kediaman membuat aduan berkenaan kenaikan bil yang tinggi dan separuh daripada jumlah itu telah ditangani sebaiknya oleh TNB termasuk pulangan lebihan caj ke dalam akaun pengguna.

"Sekiranya mengalami gangguan, iaitu berbeza dengan apa yang dipaparkan dengan digunakan termasuk sistem meter pintar tidak berfungsi sempurna, ia akan menimbulkan masalah kepada rakyat.

"Penting aplikasi itu berfungsi sempurna dan ia akan menjadi masalah jika aplikasi itu tidak dapat diberi kepada keseluruhan masyarakat," katanya.

Adly berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Exco di Seri Negeri di sini hari ini.

Tambahnya, dari semasa ke semasa beliau turut berharap TNB mengambil langkah proaktif untuk memberikan makluman dan juga tindakan setiap aduan rakyat.

"Kita mengambil maklum sebarang masalah yang timbul dan TNB diminta mengambil tindakan segera aduan pengguna dan meningkatkan program bertemu rakyat, " katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kerajaan negeri juga tidak bercadang untuk kembali kepada sistem lama dan sebaliknya menubuhkan pasukan khas seperti mana yang ditekankan sebelum ini bagi memperhalusi serta menangani segala isu berbangkit berkaitan meter pintar termasuk bil utiliti itu meningkat.