Perak sasar kelompok empat terbaik Liga Super

Ronaldo (kiri) dan Careca, dua import baharu Perak.
Ronaldo (kiri) dan Careca, dua import baharu Perak.
A
A
A

IPOH - Perak diharap mampu menamatkan saingan Liga Super 2019 dalam kelompok empat pasukan terbaik liga.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sasaran itu dilihat realistik berdasarkan kepada kedudukan terkini skuad Kejor Yeop Skor itu dalam carta Liga Super.

Menurutnya, biarpun masih banyak perlawanan yang perlu diharungi namun termasuk saingan suku akhir kedua Piala FA Sabtu ini sasaran berkenaan mampu dicapai.

"Kita harap dapat kedudukan empat terbaik bagi saingan Liga Super musim ini.

"Kita kena realistik dalam soal ini kerana kita dalam proses 'membina' semula pasukan kita," katanya pada sidang media hari ini.

Pada sidang media berkenaan, Ahmad Faizal turut mengumumkan kehadiran dua pemain import baharu Ronaldo Henrique Silva 28 dan Raianderson Da Costa Morais (Careca) 23, bagi menggantikan posisi Gilmar da Silva dan Wander Luiz yang sudah tidak lagi bersama pasukan.

Bagaimanapun dua lagi pemain import Leandro Dos Santos dan pertahanan tinggi lampai, Zac Andersonasih dikekalkan bersama skuad Seladang itu.

Sementara itu Ahmad Faizal berkata, pihaknya telah menandatangani kontrak selama enam bulan bagi kedua-dua pemain import berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dalam tempoh itu prestasi kedua-duanya akan dipantau dari semasa ke semasa.

"Kedua-duanya akan diturunkan untuk suku akhir kedua Piala FA Sabtu ini setelah mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC)," katanya.