Bapa mertua Liza Hanim meninggal dunia

 Foto: Instagram Liza Hanim
Foto: Instagram Liza Hanim
A
A
A

PENYANYI Liza Hanim berkongsi berita sedih apabila kehilangan bapa mertuanya, Mohamed Samsudin Haji Tahir, yang meninggal dunia pada 7.15 malam Rabu.

Bagaimanapun punca kematian tidak dikongsi Liza dan suaminya, Mohamed Shahrin atau Shah yang juga bekas anggota kumpulan Indigo.

“Bapa mertua saya, Mohamed Samsudin Haji Tahir telah menghembuskan nafas terakhir sebelum azan Maghrib, jam 7.15pm, 8 Mei 2019.

“Mari kita sedekahkan Al-Fatihah pada beliau. Semoha ALLAH mencucuri rahmat ke atas beliau,” kongsi Liza pda satu hantaran di laman Instagramnya.

Liza Hanim dan suami. Foto: Instagram Liza Hanim
Liza Hanim dan suami. Foto: Instagram Liza Hanim

Menurut Liza lagi, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Dato’ Hj Kamaruddin pada pukul 8 pagi tadi dan dikebumikan di Tanah perkuburan Kota Damansara pada pukul 10 pagi.

Liza atau nama lengkapnya, Haliza Hani Abd Halim mendirikan rumah tangga dengan Shah pada 2003 dan dikurniakan lima cahaya mata.

Artikel Berkaitan: