IFTAR@KL 2019 bermula Sabtu ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Program berbuka puasa beramai-ramai, Iftar@Kuala Lumpur 2019, akan diadakan berhadapan Bangunan Panggung Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Tan Sri Norliza Rofli dalam kenyataannya hari ini berkata program percuma yang memasuki penganjuran kali kelapan itu diadakan bagi menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati suasana Ramadan di ibu negara.

“Terdapat 15 aktiviti dilaksanakan antaranya majlis berbuka puasa, penyediaan dan pengagihan bubur lambuk, Tadarus al-Quran, Klinik Tahsin al-Quran, jualan kendera saji, kaunter zakat, bicara Ramadan dan moreh.

“Acara kemuncak program adalah pada 25 Mei iaitu Majlis Berbuka Puasa Perdana yang dijangka dihadiri tetamu Diraja dan pemimpin kerajaan yang akan turut mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai selain bertadarus al-Quran dan berbuka puasa,” katanya yang mengalu-alukan kehadiran semua pihak ke program itu.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi urusetia JKKN melalui talian 03-2614 8200.- Bernama

Artikel Berkaitan: