Dana kemanusiaan AS$20 juta diperlukan bantu mangsa cedera di Gaza

Gambar hiasan. Foto: Middle East Monitor
Gambar hiasan. Foto: Middle East Monitor
A
A
A

GENEVA - Sebanyak AS$20 juta dana bantuan kemanusiaan diperlukan di Gaza untuk membantu kira-kira 1,700 orang yang cedera parah dalam bantahan terhadap Israel baru-baru ini, kata seorang pegawai kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

Jamie McGoldrick berkata mereka cedera ketika menyertai perhimpunan besar-besaran dikenali Perarakan Pulang Besar-Besaran atau "Great March of Return" - protes mingguan yang diadakan pada Jumat sejak setahun lalu.

Kemudahan kesihatan di Gaza amat menyedihkan dan pembiayaan kecemasan sangat diperlukan, katanya.

Menurut pegawai PBB itu hutang isi rumah di Gaza kini dianggarkan AS$4.000 dolar dan rata-rata gaji penduduk hanya AS$400 sebulan.

Situasi semakin buruk apabila ramai golongan muda tiada pekerjaan dan lebih malang rayuan bantuan kemanusiaan bernilai AS$350 juta untuk 2019, hanya menerima pembiayaan kira-kira 14 peratus setakat ini, katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: