Keputusan harus utamakan parti kata Hishammuddin

A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan apa jua keputusan perlu mengutamakan parti.

Beliau sempat menyeru semua ahli Umno merapatkan barisan dan kekalkan kesatuan.

“Pada saat yang getir ini, setiap keputusan dan tindakan haruslah mengutamakan parti.

“Saya ulangi pendirian saya agar semua ahli parti di setiap peringkat rapatkan barisan dan kekalkan kesatuan sesama kita,” tulisnya di Twitter, awal pagi tadi.

Kenyataan ini dipercayai susulan perkembangan terkini Umno di mana 17 ahli Parlimennya telah meninggalkan parti malah ada yang telah menyertai Bersatu.

Sebelum ini, Hishamuddin menafikan dirinya sebagai dalang kepincangan dalam Umno Sabah susulan hampir separuh pimpinan negeri itu keluar parti.

Malah Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, segala tuduhan melibatkan dirinya selepas Umno tewas dalam PRU14 lalu adalah tidak berasas sama sekali.

Artikel Berkaitan: