Berundurlah tuan. Sudah masanya, kata KJ

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah tiba masa orang nombor satu parti itu meletakkan jawatan.

Berkongsi laporan berita Sinar Harian 'Hanya PAU yang boleh lucutkan jawatan saya', Khairy berkata Ahmad Zahid perlu mengundurkan diri.

“Berundurlah, tuan. Sudah masanya,” tulisnya di Twitter.

Hari ini, Ahmad Zahid menegaskan hanya Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang boleh melucutkan jawatan yang dipegangya itu dan beliau tidak akan tunduk dengan mana-mana desakan supaya melepaskan jawatan.

Sebelumnya, Khairy menggesa parti itu mengadakan pemilihan parti serta-merta selepas menyaksikan Umno di Sabah lumpuh apabila hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan negeri itu termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan keluar parti.

Namun, petang semalam, enam Ahli Parlimen Umno pula menyerahkan surat keluar parti yang berkuat kuasa serta merta.

Artikel Berkaitan: