Terbakar lepas langgar pokok

Anggota bomba memadamkan kebakaran kereta yang mengakibatkan dua mangsa cedera parah dalam kejadian itu. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
Anggota bomba memadamkan kebakaran kereta yang mengakibatkan dua mangsa cedera parah dalam kejadian itu. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Dua termasuk seorang penumpang wanita berusia lingkungan 30-an cedera parah apabila kereta dinaiki mereka merempuh sebatang pokok sebelum terbakar di Jalan Bukit Rimau Seksyen 32, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada jam 12.55 tengah malam.

Seramai sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera.

Kereta dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai merempuh sebatang pokok sebelum terbakar. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
Kereta dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai merempuh sebatang pokok sebelum terbakar. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor

"Setibanya dilokasi didapati berlaku kemalangan dan kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

"Kenderaan dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun itu dipercayai merempuh sebatang pokok lalu terbakar menyebabkan mangsa alami kecederaan," katanya.

Beliau berkata, kebakaran yang menyebabkan kenderaan musnah hampir 90 peratus berjaya dipadamkan menggunakan kaedah salur bantu mula.

Artikel Berkaitan:

Kebakaran menyebabkan kereta jenis Perodua Myvi musnah hampir 90 peratus. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
Kebakaran menyebabkan kereta jenis Perodua Myvi musnah hampir 90 peratus. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor

"Mangsa dikenali sebagai Hazrul Hardi Zainal Abidin dan seorang wanita yang belum dikenalpasti identitinya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai di lokasi.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Andalas dan ambulan Kementerian Kesihatan ke hospital Tengku ampuan Rahimah Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.