Peluang JDT kembali bernyala

Safiq Ahmad meraikan gol kemenangan JDT di Stadium Larkin malam ini. Foto: Ihsan Johor Southern Tigers.
Safiq Ahmad meraikan gol kemenangan JDT di Stadium Larkin malam ini. Foto: Ihsan Johor Southern Tigers.
A
A
A

PELUANG Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam meneruskan kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 kembali bernyala selepas berjaya menundukkan Kashima Antlers 1-0 di Stadium Larkin, sebentar tadi.

Ini adalah kemenangan pertama skuad Harimau Selatan dalam penampilan pertama saingan peringkat Kumpulan E setelah mengharungi empat perlawanan sekali gus mengejutkan juara bertahan dari Jepun itu.

Bermain di hadapan ribuan penyokong sendiri nyata memberikan semangat luar biasa buat pasukan kendalian Benjamin Mora apabila kerap melancarkan serangan bertali arus ke gawang lawan.

Gawang lawan mula diuji tuan rumah seawal minit ke-10 menerusi sepakan percuma diambil Safawi Rasid selepas dia dijatuhkan pertahanan lawan beberapa inci daripada kotak penalti.

Sepakan diambil penyerang sensasi JDT itu bagaimanapun berjaya dibaca sekali gus ditangkap kemas penjaga gol lawan, Kwoun Suntae.

Cuba memberi tentangan, asakan kemudiannya digandakan pasukan lawan apabila pemain tengah mereka, Leo Silva berjaya melepaskan rembatan deras terus ke arah gawang JDT pada minit ke-13.

Gol tunggal tuan rumah akhirnya hadir pada minit ke-68 selepas gerakan solo penyerang mereka, Syafiq Ahmad dalam kotak penalti gagal dikekang pertahanan lawan.

JDT kemudiannya hampir menambah jaringan namun rembatan Safawi Rasid pada minit ke-77 sekadar melewati palang gol.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan JDT kini hanya memerlukan kemenangan ke atas Gyeongnam FC dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan E di Korea Selatan sementara mengharapkan Kashima tewas di tangan Shandong Luneng untuk mara ke pusingan seterusnya.