PDRM akan adakan perbincangan dengan JPJ

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan perbincangan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai peraturan baharu cermin gelap penumpang belakang kereta persendirian.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, beliau akan mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias untuk bertemu dengan JPJ bagi membincangkan isu berkenaan dalam masa terdekat.

“Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan akan timbul beban masalah yang disebut oleh Datuk Azisman semalam (kelmarin), satu pertemuan akan dilakukan bersama JPJ.

“Isu ini sebenarnya tidak besar mana, tapi untuk elakkan masalah lain timbul, elok berbincang sebab dua-dua terlibat dalam hal penguatkuasaan ini.

“Sebelum sesuatu perkara diputuskan, polis dan JPJ perlu berbincang bersama, sebelum ini mungkin berlaku kealpaan di mana-mana pihak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Abdul Hamid berkata, mesyuarat dan perbincangan perlu dilakukan untuk mengenal pasti kemungkinan masalah pada masa akan datang ketika kita nak laksanakan penguatkuasaan peraturan baharu itu.

Artikel Berkaitan: