NGO khuatir akta benih tanaman beri kesan negatif kepada petani

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melibatkan semua pihak yang berkepentingan terutamanya petani dalam sessi perbincangan sebelum membentangkan Akta Benih Tanaman ke Parlimen,

Sekumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menghadiri Forum Keselamatan dan Kedaulatan Makanan Malaysia menyatakan bahawa perbincangan dua hala perlu bagi mengetahui apakah aspek yang perlu difokuskan di dalam undang-undang benih itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa dan Penyelidikan Untuk Kelestarian (IDRIS) Nurfitri Amir Muhammad berkata Akta Benih Tanaman yang bakal digubal kerajaan dikhuatiri akan memberi kesan negatif kepada petani kerana ia boleh menggalakkan monokultur tanaman (amalan menghasilkan satu tanaman) dan oglipoli (persaingan terhad) oleh syarikat-syarikat besar.

“Kalau beberapa sahaja jenis benih yang (diluluskan untuk ditanam) tetapi di tangan syarikat swasta, ini bermakna monopoli mungkin berlaku,” katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub pada 8 April lepas berkata kerajaan sedang menggubal Akta Benih Tanaman bertujuan mengawal dan menangani pengedaran benih padi tidak sah di pasaran dan akta itu hampir siap serta hanya menunggu laporan daripada beberapa pihak sebelum dibentangkan di Parlimen.

Nurfitri yang juga selaku koordinator forum berkenaan berkata pihaknya dengan sokongan 62 NGO melibatkan pihak berkepentingan dalam industri pertanian dan makanan negara telah menghantar memorandum mengenai isu itu kepada kerajaan.

"Antara kandungan memorandum itu adalah supaya pihak berkepentingan khususnya petani mesti terlibat secara langsung dalam proses perbincangan sebelum kerajaan memutuskan untuk menggubal Akta Benih Tanaman.

“Selain itu mereka menyuarakan kerisauan jika akta ini diluluskan ia boleh mewujudkan monopoli harga oleh syarikat-syarikat pegeluar benih selain menyumbang kepada peningkatan kos dan harga benih,” tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata pengawalan kualiti biji benih turut akan menyekat varieti benih kerana amalan pertanian Monokultur (amalan pertanian menghasilkan satu tanaman) serta menggalakan penggunaan bahan kimia yang banyak sekaligus mengakibatkan kualiti makanan terjejas kerana hasil tanaman kekurangan nutrien. - Bernama