Tolong hentikan budaya lompat parti: Maria Chin

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berharap budaya lompat parti dihentikan segera.

Katanya, dalam PRU lalu, rakyat menukar kerajaan kerana mahu menghapuskan korupsi dan salah guna kuasa.

"Tak boleh menerima ahli-ahli Umno yang telah 61 tahun menyokong, membantu dan menjadi sebahagian dalam korupsi," ciapnya di Twitter, hari ini.

Sebelum ini, bekas Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sah sertai Bersatu selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga bekas Merteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri membuat keputusan berkenaan selepas lebih sebulan mengumumkan menjadi ahli Parlimen Bebas apabila meninggalkan Umno.
Artikel Berkaitan:


Selepas Mustapa, bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, mengumumkan menyertai Bersatu.

Katanya, penyertaannya ke dalam parti itu dibuat atas dasar mahukan yang terbaik untuk pengundi Masjid Tanah dan sentiasa mencari solusi yang lebih berkesan dalam membela kepentingan mereka.

Semalam, enam Ahli Parlimen Umno antaranya, Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz mengumumkan keluar parti.