Hairul Azreen tak mahu susahkan produksi

Hairul Azreen
Hairul Azreen
A
A
A

PELAKON terkenal, Hairul Azreen berkata, kecederaan pada ligamen kaki yang terkoyak itu kini kembali pulih.

Menurut pemilik nama sebenar Hairul Azreen Idris, ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Wira, di Depot Sentul, Kuala Lumpur, doktor menasihatkan untuk berehat dan akan kembali pulih sepenuhnya selepas lapan minggu.

"Adrian (pengarah) pun ada menyuruh saya berehat, tapi bagi saya kalau tak teruskan untuk seminggu dua, ibarat saya menyusahkan produksi.

"Memang saya pun susah sikit nak berjalan namun saya tetap nak teruskan juga sampai berpuas hati.

"Kalau saya berehat dulu selepas itu push mesti sakit balik dan nanti lagi lama," ujarnya.

No Image Caption

Tambah Hairul yang memegang watak Hassan selaku teraju utama dalam filem tersebut, isterinya, Hanis Zalikha juga antara penguatnya untuk terus beraksi meskipun kaki masih sakit selepas kejadian malang itu.

"Saya rasa kena teruskan juga dan tak ada masalah. Kalau saya nak tunda? Isteri saya bakal bersalin. Banyak sebab lain juga.

Artikel Berkaitan:

"Fasal kaki saya tahu macam mana nak jaga," jelasnya.

Selain itu, pelakon filem Paskal itu juga memberitahu dia berasa seakan-akan patah semangat.

"Hari pertama dan kedua selepas mengalami kecederaan saya memang tak boleh nak jalan dan rasa down juga. Takut macam tak boleh berlakon.

"Selepas mendapatkan rawatan di hospital, hari ketiga saya berjumpa dengan team produksi dan cakap saya nak shooting cuma jalan perlahan-lahan.

"Lusanya pula ada babak fighting.Saya makan pil tahan sakit dan langgar sahaja.

"Tiga hari selepas itu saya sudah boleh berlari dan lawan," jelasnya.

Selain Hairul, filem itu turut dibintangi oleh Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan, Ken Abdullah dan Dain Said.