Kerajaan milik DAP: Tajuddin

Tajuddin berucap di depan penyokong Pas dan Umno hari ini.
Tajuddin berucap di depan penyokong Pas dan Umno hari ini.
A
A
A
KUALA KETIL - Ahli Parlimen Pasir Salak menyifatkan kerajaan PH hari ini bukan milik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya milik DAP.

Sambil memohon maaf kepada Mahathir atas kenyataan itu, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, banyak bantuan kepada orang Melayu terpaksa ‘menyembah’ dan tunduk kepada pemimpin DAP, Lim Guan Eng.

"Menteri Kewangan dia (Mahathir) bagi kepada Lim Guan Eng, (begitu juga) Khazanah negara, Baitulmal.

"Setiap kali kita nak minta untuk orang Melayu, petani, nelayan, penoreh getah dan anak-anak yang nak belajar, nak berniaga melalui bantuan Mara, kita terpaksa tunduk dan menyembah Lim Guan Eng," katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan ribuan penyokong Pas dan Umno pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil di sini, hari ini.
Artikel Berkaitan:


Himpunan anjuran bersama gabungan NGO itu menghimpunkan beberapa pimpinan Pas dan Umno termasuk Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.