Duduk jauh bukan alasan: Mia Ahmad

Pelakon, Mia Ahmad bersama keluarga.
Pelakon, Mia Ahmad bersama keluarga.
A
A
A

PELAKON, Mia Ahmad, meluahkan rasa syukur dan terharu apabila masih diberikan peluang dan kepercayaan untuk terlibat dengan projek seni di Kuala Lumpur.

Menurut Samihah Ahmad Baderi atau lebih dikenali sebagai Mia Ahmad, 31, faktor tempat tinggal yang jauh di Johor Bahru mungkin dianggap susah oleh segelintir prospek untuk Mia bekerja di ibu kota.

"Saya sejujurnya terharu kerana ingatkan saya seperti sudah tak aktif orang mungkin akan fikir, boleh ke atau sebaliknya saya bekerjasama? Sebab saya kan duduk di Johor.

Pelakon, Mia Ahmad bersama keluarga.
Pelakon, Mia Ahmad bersama keluarga.

"Tapi alhamdulillah, apa-apa job kalau boleh ikut jadual saya sebagai seorang mak kenapa tidak," ujarnya kepada Sinar Harian.

Mia ditemui ketika sesi fotografi di butik Blancheur, Bangsar, selaku wajah bagi jenama telekung terkini mereka, Arjana.

Mia Ahmad, menggayakan NUR Snap-On Instant Square.
Mia Ahmad, menggayakan NUR Snap-On Instant Square.

Sementara itu, berkongsi mengenai perasaan menyambut Ramadan tahun ini dengan kehadiran cahaya mata, Mia berasa gembira.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah tahun ini berpeluang untuk menikmati bulan puasa dan beribadah lebih lagi.

"Selain itu, tahun ini yang pertama saya berpuasa sebagai ibu. Perasaan saya tentunya happy sebab sebelum ada Issa, saya berdua sahaja dengan suami," katanya Sayf Issa kini berusia tujuh bulan.

Untuk rekod, pasangan Mia dan suami yang juga merupakan seorang penjaga gol pasukan bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi, selamat diijabkabulkan pada 13 Januari 2017.