Kilang proses span terbakar

Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran membabitkan sebuah kilang di Batu 23 Saujana, hari ini.
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran membabitkan sebuah kilang di Batu 23 Saujana, hari ini.
A
A
A
RAWANG - Sebuah kilang baharu yang juga dalam proses pengujian di Batu 23 Saujana di sini, terbakar tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, Bonny Martin berkata, bilik gerakan menerima panggilan kebakaran kilang memproses span untuk pembuatan sofa itu jam 12.23 tengah hari.

Menurutnya, tiga jentera dari BBP Rawang, Batu Arang dan Selayang ke lokasi bagi operasi pemadaman di kilang kelas C berkeluasan 10,000 kaki persegi itu.

"Jentera pertama tiba di lokasi 17 minit kemudian dan mengambil masa 19 minit untuk mengawal api.

"Kebakaran melibatkan 60 peratus kawasan kilang dan insiden tidak melibatkan mangsa. Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugiaan masih dalam siasatan," katanya.
Artikel Berkaitan: