Seluar dalam renda jadi punca bebas tuduhan rogol

p06rqwm8
p06rqwm8
A
A
A

DUBLIN - IRELAND. Keputusan mahkamah membebaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol remaja berusia 17 tahun telah mencetuskan siri protes di Ireland.

Ketika perbicaraan itu, peguam bela memberitahu juri,'Anda perlu lihat cara gadis itu berpakaian. Dia memakai thong dengan renda pada bahagian depannya'.

Susulan itu, lelaki berumur 27 tahun itu didapati tidak bersalah dan tuduhan ke atasnya telah digugurkan.

Tertuduh mendakwa hubungan intim dengan remaja tersebut yang berlaku di lorong kecil di Cork adalah secara rela.

Kontroversi itu telah menyebabkan salah seorang ahli parlimen menunjukkan seluar dalam renda itu dalam dewan untuk membahaskan isu tentang tindakan menyalahkan mangsa.

"Ia memang perkara memalukan untuk menunjukkan thong (seluar dalam) di sini. Bagaimana anda fikir mangsa rogol atau wanita berasa wajar atau tidak seluar dalam yang dipakai mereka ditunjukkan di mahkamah," kata Ruth Coppinger, semalam.

Butiran hujah penutup yang dibentangkan penasihat kanan, Elizabeth O'Connel telah menarik perhatian banyak pihak hingga mencetuskan gerakan protes dalam talian. - BBC

Artikel Berkaitan: