Bantu kurangkan beban pusat jagaan orang tua

Chean Chung (kanan) berkunjung ke pejabat JKM Pahang bagi membantu Rumah Orang Tua Gabungan Persatuan-Persatuan Tiong Hua mendapatkan geran tahunan di bawah JKM.
Chean Chung (kanan) berkunjung ke pejabat JKM Pahang bagi membantu Rumah Orang Tua Gabungan Persatuan-Persatuan Tiong Hua mendapatkan geran tahunan di bawah JKM.
A
A
A

KUANTAN - Kepayahan pengurusan Rumah Orang Tua Gabungan Persatuan-Persatuan Tiong Hua bagi menampung kos penjagaan dan pentadbiran berjumlah RM30,000 sebulan, mendapat perhatian Pejabat Komuniti DUN Semambu.

ADUN Semambu, Lee Chean Chung berkata, pihaknya bersama dengan pengurusan rumah tersebut, Dannie Loong Siew Fang telah membuat lawatan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang bagi urusan permohonan geran tahunan di bawah JKM.

"Rumah orang tua tersebut adalah percuma sepenuhnya dan tidak mengenakan sebaran caj bayaran atas orang-orang tua yang menetap di situ. Mereka terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang mencecah RM30,000 setiap bulan.

"Saya mengambil inisiatif untuk membantu dalam permohonan geran tersebut dan harap ia dapat mengurangkan beban mereka," katanya kepada media, di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin berkata pihaknya menyambut baik kunjungan Pejabat ADUN Semambu bersama pihak pengurusan rumah orang tua tersebut dan akan mengambil maklum keperluan mereka.

"Dalam kunjungan itu JKM memberikan maklumat mengenai geran NGO yang diperkenalkan bagi membantu golongan sasaran.

"JKM sedia untuk meneliti dan mempertimbangkan permohonan mengikut syarat-syarat ditetapkan dalam permohonan itu. Setiap proses tentu sekali mengambil masa kerana kita perlu tahu adakah permohonan memenuhi segala keperluan dan mengikuti Akta Pusat Jagaan," katanya.

Artikel Berkaitan: