Bas kilang tiba-tiba terbakar

Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran bas kilang di Jalan Sepri Rembau, di sini pagi ini. - Foto Ihsan bomba
Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran bas kilang di Jalan Sepri Rembau, di sini pagi ini. - Foto Ihsan bomba
A
A
A

SEREMBAN- Seorang pemandu bersama 16 pekerja kilang nyaris maut apabila bas kilang yang dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Jalan Sepri Rembau, di sini pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata ketika kejadian bas tersebut dalam perjalanan menghantar pekerja ke sebuah kilang.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan jam 6.58 pagi dan tiba di lokasi jam 7.10 pagi.

“Sebaik tiba, semua penumpang termasuk pemandu dapat menyelamatkan diri dan api berjaya dipadamkan dalam masa 10 minit selepas tiba di lokasi pada pukul 7.10 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, seramai 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikerah ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan 50 peratus kebakaran dan kes diserahkan kepada bahagian siasatan untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: