Bekas tentera dijel enam tahun, empat sebat

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Seorang bekas tentera dihukum penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini kerana menjadi orang tengah yang menawarkan aktiviti persundalan.

Muhammad Nizam Aripen, 38, didapati bersalah terhadap dua pertuduhan itu yang dilakukan di Taman AST, pada 20 Januari tahun lalu.

Hakim Madihah Harullah menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan yang akan berjalan serentak.

Peguamnya, Haresh Mahadevan memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan sebatan sehingga rayuan di mahkamah tinggi selesai.

Haresh turut memohon agar anak guamnya dibenarkan ikat jamin sementara menunggu rayuan selesai.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nuralis Mat memohon jumlah jaminan sebanyak RM10,000 dikekalkan bagi memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Nizam didakwa sebagai orang tengah yang menawarkan aktiviti itu terhadap dua gadis berusia 21 dan 24 tahun di sebuah hotel di Taman AST, jam 12.05 tengah malam pada 20 Januari tahun lalu.

Artikel Berkaitan: