7 pelajar terima Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar

Abdul Manaf bersama ayahnya, Abdul Aziz Osman, 60 menunjukkan sijil penghargaan, serta plugue sempena menerima BKMB di Wisma Pahang di sini hari ini.
Abdul Manaf bersama ayahnya, Abdul Aziz Osman, 60 menunjukkan sijil penghargaan, serta plugue sempena menerima BKMB di Wisma Pahang di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Seramai tujuh pelajar cemerlang dalam akademik dan aktif sukan menerima Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) dalam satu majlis di Wisma Pahang, di sini hari ini.

Empat daripada mereka adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat 10A serta tiga pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang mendapat 4A.

Kesemua mereka menerima insentif wang tunai RM1,000, sijil penghargaan, surat amanat dan plak.

Biasiswa tersebut disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu majlis di Wisma Pahang, di sini hari ini. Turut hadir Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi.

Salah seorang pelajar cemerlang SPM yang memperoleh 10A, Abdul Manaf Abdul Aziz, 18, tidak menduga doa ingin meringankan beban ayahnya termakbul apabila dia terpilih menerima biasiswa tersebut.

Abdul Manaf teruja menerima biasiswa tersebut daripada Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.
Abdul Manaf teruja menerima biasiswa tersebut daripada Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

Abdul Manaf berkata, ayahnya tidak mampu menyediakan perbelanjaan yang banyak kerana hanya bekerja kampung di Kampung Temai Tengah, Pekan dan memperoleh pendapatan kira-kira RM400 sebulan.

“Dengan biasiswa ini, saya nekad dapatkan keputusan cemerlang setiap semester bagi membuktikan kepada pelajar lain bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk seseorang itu berjaya

Artikel Berkaitan:

"Saya berterima kasih kepada menteri besar dan Yayasan Pahang. Saya berjanji akan belajar bersungguh sungguh demi membalas budi Yayasan Pahang," katanya kepada media ketika ditemui pada majlis tersebut.

Abdul Manaf yang turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Mac lalu berharap impiannya untuk bergelar doktor akan tercapai dengan adanya biasiswa ini.

"Memang saya ada terima tawaran dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk ikuti pengajian di peringkat asasi dulu sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, tapi buat masa ini saya belum buat keputusan," katanya.

Sementara itu, bagi pelajar cemerlang STPM, Nur Aqilah Atikah Mat Sarif, 19, dia terharu dan gembira apabila menerima biasiswa berkenaan, sekali gus dapat mengurangkan bebanan keluarganya daripada bayaran yuran pengajian dan penginapan.

Nur Aqilah Atikah bersama ayah, Mat Sarif Arof, 55 dan ibunya, Norlin Zarena Abdullah, 55 menunjukkan plak dan sijil penghargaan sempena biasiswa BKMB yang diterimanya di Wisma Pahang di sini hari ini.
Nur Aqilah Atikah bersama ayah, Mat Sarif Arof, 55 dan ibunya, Norlin Zarena Abdullah, 55 menunjukkan plak dan sijil penghargaan sempena biasiswa BKMB yang diterimanya di Wisma Pahang di sini hari ini.

Dia yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di Universiti Putra Malaysia (UPM) bertekad untuk mendapatkan keputusan cemerlang sekali gus mengubah kehidupan keluarganya supaya menjadi lebih baik.

“Ayah dan ibu yang bekerja sebagai penoreh getah sentiasa beri dorongan kepada saya. Walaupun mereka OKU tapi sentiasa ingatkan saya betapa pentingnya ilmu," katanya.

Sementara itu, BKMB mula diperkenalkan pada tahun 1998 bertujuan membentuk golongan pemikir anak Pahang yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah diri dan kokurikulum.

Melalui BKMB, pelajar perubatan akan menerima pembiayaan berjumlah RM70,000 bagi tempoh lima tahun pengajian, manakalan bagi bidang pengajian seperti perakaunan, kejuruteraan dan sastera pula menerima RM54,000.


Nur Aqilah Atikah teruja menerima biasiswa BKMB tersebut daripada Wan Rosdy di Wisma Pahang di sini hari ini.
Nur Aqilah Atikah teruja menerima biasiswa BKMB tersebut daripada Wan Rosdy di Wisma Pahang di sini hari ini.