Hari terakhir diskaun 50 peratus saman trafik

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Diskaun sehingga 50 peratus saman trafik di seluruh Selangor Selangor kecuali bagi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) akan berakhir hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kempen tiga hari bermula Jumaat lalu berjaya mencatat kutipan RM4.3 juta atau penyelesaian 36,496 saman sehingga semalam.

"Sebanyak RM 1.8 juta atau 14,778 saman dijelaskan pada hari pertama. Sementara semalam sebanyak RM 2.5juta atau 21,718 saman dibayar.

"Sambutan masyarakat memberangsangkan dan dijangka akan bertambah hari terakhir, hari ini," katanya.

Orang ramai boleh menjelaskan saman tertungggak sehingga jam 4.30 petang ini di kaunter trafik seluruh Selangor kecuali KLIA yang berakhir hari ini.

Artikel Berkaitan: