Belum ada cadangan tutup kedai makan di Pulau Pinang

Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
A
A
A

GEORGETOWN- Tindakan Kerajaan Kelantan yang mengarahkan semua pengusaha kedai makan dan restoran di negeri itu dihentikan sementara operasi selama sejam setengah sepanjang Ramadan dilihat satu tindakan yang baik.

Bagaimanapun, Kerajaan Pulau Pinang belum bercadang untuk melakukan tindakan sama bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat tarawih.

Perkara itu disahkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, arahan tersebut merupakan tindakan yang baik bagi memberi peluang kepada umat Islam menunaikan ibadah sunat solat tarawih dengan lebih selesa.

"Ia dilihat baik kerana solat tarawih adalah ibadah yang hanya boleh dikerjakan dalam bulan Ramadan. Ramai umat Islam ingin mengerjakan ibadah ini sehingga 20 rakaat (ditambah 3 rakaat solat witir) tetapi menghadapi kekangan kerja.

"Di Pulau Pinang, buat masa ini, belum ada cadangan menutup kedai bagi memberi laluan kepada umat Islam menunaikan solat tarawih. Kita serahkan perkara ini kepada pertimbangan peniaga sama ada nak tutup premis atau sebaliknya," katanya.

Artikel Berkaitan: