Undi semula di Istanbul cetus protes

Imamoglu dilantik sebagai Datuk Bandar Istanbul pada 17 April lalu.
Imamoglu dilantik sebagai Datuk Bandar Istanbul pada 17 April lalu.
A
A
A

ANKARA - Lembaga Tertinggi Pilihan Raya Turki kelmarin dikritik banyak pihak selepas ia mengarahkan pilihan raya tempatan di Istanbul diadakan semula selepas kemenangan mengejutkan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum kontroversi pada Mac lalu.

Keputusan itu dibuat selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan yang memimpin Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) mendakwa berlaku penipuan undi di sebalik kemenangan tipis Parti Rakyat Republikan (CHP).

Susulan itu, pemimpin Ekrem Imamoglu yang dilantik sebagai Datuk Bandar Istanbul pada 17 April lalu menyifatkan keputusan itu sebagai ‘perbuatan khianat’.

Undian semula yang akan berlangsung pada 23 Jun depan itu turut mencetuskan bantahan di seluruh Istanbul.

Ratusan penduduk berkumpul di beberapa daerah mengetuk periuk dan kuali sambil melaungkan slogan antikerajaan.

Parlimen Eropah memaklumkan keputusan pengundian semula itu akan menamatkan kredibiliti pilihan raya demokratik di Turki.

Menurut keputusan akhir diumumkan Lembaga Pilihan Raya Wilayah menunjukkan Imamoglu mendahului Binali Yildirim daripada parti AKP dengan 13,729 undi. - Agensi

Artikel Berkaitan: