Had kelayakan pinjaman SRC hanya RM1 bilion: Saksi

Najib -Foto Bernama
Najib -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa SRC International Sdn Bhd memohon pinjaman RM3.95 bilion dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) sedangkan had kelayakannya hanya RM1 bilion.

Bekas penolong naib presiden KWAP (Jabatan Pendapatan Tetap) Amirul Imran Ahmat, 39, menyatakan demikian kita disoal balas oleh peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Harvinderjit Singh pada hari ke-14 perbicaraan bekas perdana menteri itu yang menghadapi tiga dakwaan Pecah Amanah Jenayah (CBT), satu dakwaan salah guna kuasa dan tiga dakwaan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Amirul Imran berkata had kelayakan pinjaman adalah berasaskan Kertas Panel Pelaburan KWAP yang disediakan untuk proses pembiayaan SRC.

Oleh itu katanya, beliau mencadangkan kepada KWAP bahawa kelayakan pinjaman SRC hanya RM1 bilion.

Harvinderjit kemudian mengandaikan kepada Amirul yang beliau menukar kedudukannya berhubung amaun pinjaman, beberapa tahun selepas KWAP memberi pembiayaan kepada SRC, Bagimanapun, saksi itu menegaskan beliau sentiasa mengekalkan kedudukan sebagaimana menurut kertas pelaburan, dan memperakukan pinjaman kepada SRC dihadkan kepada RM1 bilion.

Amirul Imran juga berkata panel pelaburan KWAP mungkin akan menolak pinjaman kepada SRC jika mereka boleh.

Di tahap ini, Harvinderjit berkata saksi itu bukanlah sebahagian daripada panel pelaburan oleh itu beliau tidak boleh bercakap bagi pihak panel.

Saksi itu setuju bahawa itu hanyalah pendapat peribadinya dan panel pelaburan tidak mempunyai pillihan tetapi meluluskan pinjaman kepada SRC.

Artikel Berkaitan:

Amirul Imran berkata panel itu tidak punya pililhan tetapi terpaksa menangguhkan dari kertas pelaburannya yang mencadangkan menghad pendedahan pinjaman KWAP kepada SRC pada RM1 bilion. Ditanya sama ada beliau ada memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC), Amirul Imran berkata beliau ke MACC pada 2018 untuk kenyataannya direkodkan.

Harvinderjit: Berapa kali anda pergi ke MACC?

Amirul Imran: Banyak kali, kali pertama pada 2015, kali terakhir beberapa bulan lalu.

Pendengaran di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung. -Bernama