X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu e-hailing tidak perlu tukar kod kenderaan persendirian

Anthony Loke Siew Fook (dua, kiri) memeriksa kadar ketelusan cahaya cermin belakang selepas sidang media mengenai pindaan ke atas peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan motor di lobi kementeriannya hari ini. -Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Pemandu e-hailing diberikan kelonggaran untuk tidak menukar kategori kenderaan persendirian kepada AH (e-hailing persendirian), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Menurutnya, syarat itu diputuskan selepas perbincangan di antara Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini selepas menerima rungutan daripada pemandu e-hailing khususnya pemandu Grab.

Sebelum ini, pemandu e-hailing perlu menukar kod kenderaan persendirian kepada kod AH di JPJ sebagai salah satu syarat untuk menjadi pemandu e-hailing.

"Saya telah bincang dengan pihak JPJ, dan kita telah setuju untuk longgarkan syarat ini.

"Ini bermaksud dia (pemandu e-hailing) tidak perlu tukar kategori dan boleh kekal sebagai kereta persendirian,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama JPJ, di sini hari ini.

Namun begitu, Loke berkata kenderaan yang digunakan untuk e-hailing perlu ada lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV), insurans untuk penumpang, pelekat e-hailing dan permit kenderaan e-hailing (EVP) daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). -Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!