Gunung berapi Sinabung kembali meletus

Sinabung bebaskan debu dan asap tebal setinggi 2,000 meter ke permukaan udara.
Sinabung bebaskan debu dan asap tebal setinggi 2,000 meter ke permukaan udara.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Gunung berapi Sinabung dilaporkan meletus lagi hari ini dan membebaskan debu dan asap tebal setinggi 2,000 meter ke permukaan udara.

Pihak berkuasa agensi bencana berkata, letusan itu berpotensi menjejaskan penerbangan, namun ia belum mengeluarkan notis rasmi.

Penduduk sekitar yang tinggal di sepanjang sungai berhampiran kawah itu juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan aliran lava.

Tiada laporan kecederaan atau kematian dalam kejadian letusan terbaharu itu.

Difahamkan, pihak berkuasa juga tidak mengeluarkan arahan berpindah.

Pada 2010, Sinabung kembali meletus buat pertama kali dalam tempoh 400 tahun dan ia terus kekal aktif hingga kini. - AFP

Artikel Berkaitan: