1MDB: RM236 juta daripada firma Hollywood anak tiri Najib dipulangkan

A
A



1MDB: RM236 juta daripada firma Hollywood anak tiri Najib dipulangkan

Kerajaan menerima kira-kira RM236 juta daripada Red Granite Pictures – syarikat penerbitan yang dikaitkan dengan anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz – yang didakwa menggunakan wang yang digelapkan daripada 1MDB.

Peguam Negara Tommy Thomas berkata, wang tersebut diperolehi Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berikutkan satu penyelesaian bernilai AS$60 juta dolar Amerika Syarikat yang direkodkan di sebuah mahkamah AS.

Beliau berkata, RM3 juta daripada jumlah itu digunakan untk membayar DoJ dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai kos penyiasatan dan mendapatkan penyelesaian kes.

Tommy berkata, wang itu adalah sebahagian daripada keseluruhan RM1.3 bilion yang diperolehi daripada jualan aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB yang dicuri, termasuk kira-kira RM500 juta daripada jualan kapal layar mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho.

Beliau berkata satu tabung amanah khas telah dibuka bagi menyimpan wang daripada perolehan semula aset itu.

Nik Abduh harap arahan tutup kedai makan waktu tarawih ditarik balik

Anggota jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berharap kerajaan Kelantan menarik balik arahan agar kedai makan dan restoran ditutup pada waktu solat tarawih.

Menurutnya, arahan itu mengganggu kebenaran dan keberkatan bulan Ramadan, katanya dalam catatan di Facebooknya , malam semalam.

Terdahulu dilaporkan Setiusaha Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan agar perkara itu dikuat kuasakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sepanjang bulan puasa kali ini.

Arahan tersebut supaya restoran atau kedai makan ditutup sementara pada jam 8.30 malam hingga 10 malam iaitu waktu lazim menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau.

Sementara itu, Nik Abduh yang juga anggota parlimen Bachok berkata pada bulan penuh kelebihan ini, umat Islam adalah digalakkan menguruskan masa masing-masing dengan bijak dan berhikmah untuk melakukan ibadah khusus berpandukan sunnah Rasullah S.A.W.

Kerajaan PH boleh 'mati' jika tidak bekerjasama dengan penjawat awam

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memberikan kepercayaan kepada kakitangan kerajaan jika mahu terus berkuasa, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin

Beliau dalam satu temuramah dengan South China Morning Post (SCMP) berkata, kerajaan akan 'mati' jika tidak tidak mula bekerjasama dengan 1.6 juta kakitangan awam.

Katanya, sebagai kerajaan anda tidak boleh lakukan sendirian, sebaliknya kakitangan awam yang akan melaksanakan tugas.

Daim berkata, beliau tidak mengetahui tentang dakwaan kerajaan telah disabotaj oleh pihak tertentu dalam pentadbiran kerajaan namun menegaskan usaha untuk mengukuhkan kepercayaan perlu dilakukan.

Jika Altantuya masih hidup, dia berumur 40 tahun hari ini: bapa

"Jika Altantuya Shaariibuu masih hidup, dia akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 hari ini," kata Dr. Shaariibuu Setev, bapa mangsa bunuh warganegara Mongolia berkenaan selepas perbicaraan saman sivil di Mahkamah Tinggi hari ini.

Shaariibuu, 69, berkata, pihak media di Mongolia juga ada menyiarkan berita mengenai ulang tahun kelahiran wanita itu hari ini malah isteri serta anaknya yang lain juga mengadakan upacara keagamaan di negara terbabit sebagai mengingati Altantuya.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Shaariibuu memberitahu yang beliau amat mengharapkan keadilan terhadap anaknya itu dapat ditegakkan kerana kes berkenaan bukan sahaja diikuti oleh rakyat di Malaysia mahupun Mongolia, tetapi di seluruh dunia.

Tambah profesor sambilan di Mongolian National University itu, beliau pernah berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun lepas dan dijanjikan keadilan terhadap kematian anaknya.

Klinik Desa Gesir Tengah ditutup kerana gangguan makhluk halus

Gara-gara mengalami episod aneh yang berulang sejak 2007, sebuah klinik di Hulu Selangor ditutup sementara sebagai langkah untuk melakukan usaha pemulihan.

Berdasarkan sekeping notis yang tular di laman sosial, klinik berkenaan, Klinik Desa Gesir Tengah ditutup ekoran gangguan yang berlaku sejak sekian lama.

Menurut kandungan pada notis yang dikeluarkan Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Siti Rohana Saad itu, walaupun pelbagai usaha pemulihan telah dilakukan namun, gangguan tersebut masih berterusan hingga memaksa langkah penutupan perlu dibuat.

Notis bertarikh 28 Mac 2019 itu turut memaklumkan, kejadian aneh tersebut sering berlaku setiap kali adanya urusan perkhidmatan oleh pihak klinik kepada pesakit malah, pesakit yang mendapatkan rawatan juga turut diganggu.

Disebabkan perkara yang berlaku tidak berkesudahan, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor telah membuat keputusan untuk memberhentikan sementara operasi di klinik berkenaan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia