Pas terkejut tindakan MP Umno keluar parti

Tuan Ibrahim (dua, kanan) melayan kanak-kanak, Mohamad Aidid Muhriz mencuba pakaian semasa Majlis Back To School di sini.
Tuan Ibrahim (dua, kanan) melayan kanak-kanak, Mohamad Aidid Muhriz mencuba pakaian semasa Majlis Back To School di sini.
A
A
A
KOTA BHARU – Tindakan keluar parti oleh beberapa ahli parlimen Umno semalam mengejutkan banyak pihak apabila ia melibatkan sebuah parti yang dilihat kuat dan dinamik sebelum ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selepas kalah PRU14 lalu, perkara seperti ini berlaku kepada Umno dan ia mengejutkan banyak pihak jika hendak dibandingkan dengan Pas yang sudah berpengalaman kalah sebelum ini.

“Ini satu perkara yang mengejutkan. Pas biasalah, kita pernah kalah, tapi alhamdulilah, kita masih istiqamah dan stabil. Saya fikir ini waktu yang terbaik untuk ahli Umno memilih Pas sebagai alternatif umat Islam dan Melayu di Malaysia.

“Apa yang berlaku ini memerlukan satu penelitian dan kita akan ikutinya secara rapat. Saya difahamkan mereka akan bersama Bersatu dan perkukuhkan Bersatu dalam kerajaan. Kalau Umno lumpuh di Sabah, alternatifnya ialah Bersatu. (Tetapi) kita pun akan kuatkan parti kita di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Back To School anjuran bersama Ahli Parlimen Kubang Kerian, Halwa Dun Salor dan Kelab Sukarelawan Kebajikan Salor di sebuah pasar raya di sini, hari ini.
Artikel Berkaitan:


Menurutnya, penghijrahan itu akan beri kesan secara langsung kepada Perak dan Kedah berikutan rakyat perlu memikirkan mengenai kos hidup yang meningkat dan pemimpin lari meninggalkan penduduk kampung dan rakyat.

“Rakyat kena fikirlah, dia kena pilih pemimpin yang betul atau nak selamatkan diri dia sendiri dan tinggalkan bebanan kepada rakyat. Bagi pemimpin Pas, kita dekati masyarakat susah, kita beri setakat kita mampu,” katanya.