SPRM cari Faidzul bantu kes berkaitan tanah milik kerajaan

FAIDZUL. FOTO : Ihsan SPRM
FAIDZUL. FOTO : Ihsan SPRM
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemilikan tanah kerajaan.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, lelaki tersebut, Faidzul Abu Hasan, 45.

"Individu ini dikesan dengan alamat terakhir di C 30, Kampung Melayu Sri Kundang 48020 Rawang, Selangor," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penolong Penguasa SPRM, Mohd Ridhwan Omar di talian 03-5525 6500 atau 014-515 4558.

Artikel Berkaitan: