Doktor antara empat didakwa bunuh warga asing

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Doktor antara empat lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing, Mac lalu.

Tertuduh terbabit, leh Dr Dharma Danny Ferns, 32; seorang penjual ikan yang juga penjaga lembu, P Vengadesvaran, 31; pengurus pemasaran, R S Sathya Deepan, 30, dan peniaga Mohd Hafiz Abdul Kadar, 33.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh dan mereka hanya hanya mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Mengikut pertuduhan, mereka atas niat bersama melakukan perbuatan membunuh warga asing A Angu di kawasan kandang lembu berhampiran Jalan Dawn 1, Taman Dawn Seremban antara 9 malam hingga 10.30 malam pada 16 Mac lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mas Syafiqah Mahroob manakala tertuduh, Sathya Deepan dan Mohd Hafiz diwakili peguam Paul Krishnaraja, Dharma Danny diwakili P Yugan manakala Vengadesvaran tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: