Madu kelulut bantu kekalkan tenaga di bulan Ramadan

Hisham (kiri) dan kakitangan beliau menunjukkan produk madu kelulut yang dipasarkan oleh beliau di bawah jenama Bayu Kelulut.
Hisham (kiri) dan kakitangan beliau menunjukkan produk madu kelulut yang dipasarkan oleh beliau di bawah jenama Bayu Kelulut.
A
A
A

MENJALANI ibadah puasa di bulan Ramadan pada minggu pertama, pastinya agak mencabar terutamanya ketika cuba menyesuaikan diri dengan ibadat berkenaan dan hambatan tugas harian.

Bagi individu yang memberi penekanan terhadap makanan tambahan (kesihatan) yang wajar diambil sepanjang bulan puasa ini, madu kelulut pastinya pilihan terbaik.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Bayu Gagah Marketing, Hisham Yusof, yang memasarkan madu kelulut di bawah jenama “Bayu Kelulut” menegaskan madu berkenaan sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat khususnya dalam aspek perubatan alternatif.

Ia dikatakan lebih baik berbanding dengan madu dari lebah lain seperti Lebah Madu (Apis Mellifera), Lebah Tualang (Apis Dorsata) dan Lebah Keran (Apis Cerana).

“Madu kelulut mempunyai khasiat kesihatan yang sangat tinggi kerana ia dapat membantu seseorang meningkatkan metabolisma tubuh.

Menurut kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membuktikan madu kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk tubuh manusia,” jelasnya.

Untuk rekod, Bayu Kelulut merupakan Ladang & Usahawan Bimbingan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Menurut Hisham, pihaknya banyak menerima banyak testimoni positif dari para pelanggan yang mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, asma dan batuk, di mana kesihatan mereka semakin baik selepas mengamalkan pengambilan madu kelulut.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, menurut Pensyarah Kanan Perubatan, Advanced Medical & Dental Institute, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Eshaifol Azam Omar, madu kelulut yang dikenali sebagai super food mempunyai pelbagai kelebihan jika diambil secara konsisten dengan jumlah yang dicadangkan.

"Pengambilan pelbagai jenis madu dari sumber semula jadi merupakan amalan pemakanan turun-temurun oleh pelbagai lapisan masyarakat seluruh dunia.

Dr. Eshaifol Azam banyak terlibat dalam kajian mengenai khasiat madu kelulut.
Dr. Eshaifol Azam banyak terlibat dalam kajian mengenai khasiat madu kelulut.

“Merujuk kepada madu kelulut, ia mengandungi sebatian karbohidrat, protein dan pelbagai vitamin yang seimbang untuk membekalkan tenaga yang berterusan sepanjang hari.

“Selain terkenal sebagai makanan sunnah, madu kelulut mempunyai sifat anti-oksida yang sangat tinggi yang boleh mencegah pelbagai jenis penyakit khususnya yang berkaitan dengan usus.

Oleh itu, saya menggalakkan mereka yang berpuasa agar dapat mengamalkan pengambilan madu kelulut sebagai makanan tambahan harian sepanjang bulan Ramadan in,” ujarnya.