'Dia bukan wakili saya...'

Kenyataan Syed Saddiq berhubung kehadiran abangnya Syed Abdullah ke pelancaran Grand Final sesi kelayakan e-sukan Sukan SEA di Central i-City Shah Alam, menerusi Twitternya hari ini.
Kenyataan Syed Saddiq berhubung kehadiran abangnya Syed Abdullah ke pelancaran Grand Final sesi kelayakan e-sukan Sukan SEA di Central i-City Shah Alam, menerusi Twitternya hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau sama sekali tidak membenarkan ahli keluarga untuk mewakilinya pada mana-mana majlis rasmi kerajaan.

Sehubungan itu katanya, dakwaan mengatakan bahawa kehadiran abangnya, Syed Abdullah pada pelancaran grand final sesi kelayakan e-sukan Sukan SEA peringkat kebangsaan di Central i-City, Shah Alam pada Sabtu lalu, sebagai mewakili beliau adalah tidak benar sama sekali.

"Ia salah sebab ia (dakwaan itu) tidak betul.

“ESM (Persatuan Sukan Elektronik Malaysia) telah keluarkan kenyataan dan perbetulkan dakwaan ini. Dia (Syed Abdullah) datang tak dijemput, tetapi bila dikenali diajak ke depan. Tak perlu pun any special treatment (sebarang layanan istimewa).

“Saya tidak akan membenarkan keluarga saya mewakli saya. Ini salah,” katanya menerusi Twitternya hari ini.

Semalam Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dalam satu kenyataan berkata, kehadiran Syed Abdullah dalam program berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukan mewakili adiknya, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan.

ESM berkata, mereka memandang serius mengenai tuduhan yang dilemparkan oleh masyarakat berhubung kehadiran Syed Abdullah dalam program itu.

Terdahulu, kehadiran Syed Abdullah ke program berkenaan mengundang kritikan pelbagai pihak yang mendakwa ia terdapat unsur nepotisme.

Artikel Berkaitan: