Polis buru empat penjenayah samun kedai emas

No Image Caption
A
A
A

KAJANG – Polis sedang mengesan sekumpulan penjenayah yang menyamun sebuah kedai emas di dalam pasaraya Plaza Metro di Pekan Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengawal keselamatan yang memaklumkan kejadian itu pada jam 7.43 petang.

“Seramai empat lelaki yang bersenjatakan dua objek menyerupai pistol telah melarikan tiga dulang penuh barang kemas dan lima dulang sebahagiannya barang kemas,” katanya melalui kenyataan media.

Ahmad Dzaffir berkata, tiada sebarang tembakan dilepaskan dan mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan di dalam kejadian itu.

“Anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan. Kita masih mengesan kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian jenayah ini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superitendent Vekram Sinnaiah di talian 019-4737108.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 / 397 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: