UMNO bukan rasis tapi pertahankan hak Melayu

Bung Moktar Radin - Foto Sinar Harian
Bung Moktar Radin - Foto Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO menafikan dakwaan kononnya sengaja memainkan naratif isu agama dan perkauman.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Datuk Seri Bung Moktar Radin sebaliknya berkata, UMNO berusaha mempertahankan hak Melayu yang kian terhakis sejak ditadbir kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sebetulnya UMNO tidak memainkan sentimen perkauman, UMNO hanya mempertahankan hak Melayu yang telah dicabar, dicemari dan digugat.

“UMNO tidak pernah sesekali mengganggu-gugat mahupun mengancam bangsa lain. UMNO cuma risaukan nasib Melayu yang diperkotak-katik dan diganggu gugat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bung Moktar yang juga Pengerusi UMNO Sabah juga berpendapat, sejak negara di bawah pentadbiran PH, masyarakat ‘liar’ melontarkan komen yang mencetuskan kebimbangan dan perkauman.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, kerisauan tersebut mencetuskan penyatuan ummah antara UMNO dan Pas.

“UMNO dan Pas hanya menyampaikan suara rakyat demi kepentingan hak Melayu terus dipelihara,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: