Sultan Johor, Permaisuri sumbang juadah berbuka

Pekerja asing dan umat Islam menerima juadah berbuka puasa diraja di Masjid India hari ini.
Pekerja asing dan umat Islam menerima juadah berbuka puasa diraja di Masjid India hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 150 pekerja asing menerima juadah berbuka puasa diraja di Masjid India sempena Ramadan pertama, hari ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisurinya, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menyumbangkan 150 bungkus makanan juadah berbuka puasa tersebut.

Melalui entri terkini di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimaklumkan bahawa kesemua bungkusan makanan itu telah diagihkan oleh pegawai dan sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Johor.

Permaisuri Johor merupakan Penasihat DiRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Artikel Berkaitan: