Tak selenggara saliran punca banjir lumpur

‘Sump’ yang tersumbat dengan tanah menyebabkan berlaku limpahan kerana aliran air hujan tidak mengalir ke longkang besar.
‘Sump’ yang tersumbat dengan tanah menyebabkan berlaku limpahan kerana aliran air hujan tidak mengalir ke longkang besar.
A
A
A

SERDANG - Kegagalan pemilik tanah menyelenggaran sistem saliran menyebabkan kawasan Taman Bukit Serdang berdepan kejadian banjir lumpur setiap kali hujan lebat.

ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata, masalah berkenaan berlarutan sejak kira-kira setengah tahun lalu telah mengundang rasa tidak selesa penduduk.

Menurutnya, tanah yang terkumpul dalam 'sump' dari kawasan tinggi menyebabkan berlaku limpahan yang tidak terkawal di kawasan itu.

"Saliran dibuat dari atas bukit oleh pemaju sejak beberapa tahun lalu. Oleh kerana ia milik persendirian, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak bertanggungjawab menyelenggara saliran berkenaan.

Kesan banjir lumpur akibat daripada limpahan dari longkang kecil.
Kesan banjir lumpur akibat daripada limpahan dari longkang kecil.

"Ketika hujan lebat, air serta tanah mengalir ke bawah melalui saliran itu dan berkumpul di 'sump' saliran tersumbat. Ia juga menyebabkan struktur 'sump' pecah dan air melimpah ke longkang kecil seterusnya mengalir ke sepanjang Jalan Cemara.

"Aliran sepatutnya ke longkang besar sedia ada namun disebabkan sudah lama tidak pernah diselengara, saliran tersumbat dan menyebabkan berlaku masalah berkenaan," katanya ketika lawatan bersama wakil MPSJ dan Technology Park Malaysia.

Ean Yong Hian Wah berkata, masalah berkenaan telah mendapat perhatian Technology Park Malaysia selaku pemilik bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

"Pihak MPSJ akan mengeluarkan surat arahan agar tindakan diambil dan pihak Technology Park Malaysia juga bersedia untuk memberi perhatian agar menyelesaikan masalah ini," katanya.