Awas tanda, gejala penyakit beguk

beguk
beguk
A
A
A
BEGUK merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus.

Ia menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.

Ia boleh berjangkit selepas tiga atau empat hari selepas pembengkakan bermula.

Apakah tanda dan gejala beguk?

Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12 hingga 25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi:

Demam.

Sakit kepala.

Mulut kering dan hilang selera.

Keletihan.

Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid. Gejala ini biasanya hilang dalam masa 10 ke 12 hari.

Adakah ia satu penyakit yang ringan (biasa)?

Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kala komplikasi juga boleh berlaku seperti:

Encephalitis (Pembengkakan pada otak).

Meningitis (Pembengkakan pada lapisan otak). Pancreatitis (Inflamasi pada pankreas).

Orchitis (Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa. Pekak. Bagaimanakah ia dirawat?

Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan:

Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit. Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid.

Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melegakan kesakitan.

Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ia tidak boleh lagi berjangkit (iaitu sehingga sembilan hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.

Artikel Berkaitan:

Bolehkah ia dicegah?

Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin.

Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur tujuh tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps, measles and rubella). Ia sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.